Aspek peribahasa merupakan salah satu kemahiran yang tersenarai dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Pada umumnya, terdapat dua bentuk peribahasa yang sering ditanyakan dalam Kertas 011 UPSR, iaitu:
(a) simpulan bahasa dan
(b) perumpamaan
a. Simpulan Bahasa
1. Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
2. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
3. Berikut adalah beberapa contoh simpulan bahasa berserta dengan maksudnya:
ada hati - mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki
sesuatu.
bekas tangan - hasil kerja tangan seseorang
kepala angin - perangai yang tidak menentu
mulut murai - kuat bercakap atau berbuat bising
Tiada ulasan:
Catat Ulasan