Khamis, 19 Julai 2012

Selamat berpuasa

DALIL WAJIB PUASA

1. Surah Al-Baqarah ayat 183


Wahai orang yg beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa kpd Allah.

Jumaat, 6 Julai 2012

Memori indah bersama kalian....

...selama hampir 12 tahun bersama, banyak kenangan manis dikecapi dan akan menjadi memori yang paling indah dalam kamus hidupku...

Selasa, 3 Julai 2012

Kata Tanya

KATA TANYA DALAM BAHASA MELAYU



Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa kata tanya seperti siapa, apa, mengapa, kenapa, bagaimana dan sebagainya untuk membantu pengguna membina ayat tanya. Adakala kata tanya ini disusuli kata penegas  -kah pada hujung kata tanya itu, seperti siapakah, dan apakah. Adakalanya juga kata tugas lain seperti di, ke, dan kepada seperti ke mana, di mana, kepada siapa dan seumpamanya diletakkan sebelum kata tanya itu.

            Kita sedia maklum bahawa kata tanya amat luas digunakan dalam penulisan dan pertuturan dalam masyarakat kita. Soalnya, adakah pengguna bahasa Melayu berjaya menggunakan kata tanya dengan betul? Persoalan ini timbul memandangkan sudah ada kecenderungan di kalangan pengguna bahasa Melayu yang suka memasukkan kata tanya dalam ayat penyata. Justeru, dalam makalah ini, saya ingin mengetengahkan amalan penggunaan kata tanya dalam ayat penyata, yang pada hemat saya kurang tepat. Dengan kata lain, penggunaan kata tanya dalam ayat penyata nyata tidak mematuhi aturan nahu yang terdapat dalam bahasa Melayu.

            Pada mulanya, kita perlu memahami konsep kata tanya. Elok kita teliti takrifnya dahulu. Kamus Dewan (1994), pula mentakrifkan kata sebagai ‘sesuatu yang diucapkan atau dituturkan’ manakala tanya pula ditakrifkan sebagai ‘permintaan keterangan (penjelasan dll)’ Jika digabungkan kedua-dua kata, maka maknanya menjadi lebih kurang seperti yang berikut: ‘sesuatu yang diucapkan atau dituturkan untuk tujuan meminta keterangan atau penjelasan’. Maksudnya, kata tanya diajukan untuk mendapat keterangan dan penjelasan tentang sesuatu, seperti ‘Apa khabar kamu sekarang?’,  ‘Siapakah yang melakukan perkara terkutuk ini?’ dan ‘Mengapa dia tidak pulang semalam?’

Menurut Tatabahasa Dewan (1994:243), kata tanya bermaksud ‘perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Kalau kata tanya dikedepankan, maka kata tanya itu hendaklah disertai partikel kah. mendukung makna soalan, contohnya: mengapa, berapa, bila, dan bagaimana’. Sementara itu, Kamus Linguistik (1997:120) mentakrifkan kata tanya sebagai ‘kata yang digunakan sebagai penanda ayat tanya. Antaranya termasuk sendi nama tanya atau adverba tanya, dan ganti nama tanya’.

            Fungsi kata tanya, seperti yang dijelaskan dalam Tatabahasa Dewan dan Kamus Linguistik adalah untuk mengemukakan soalan atau membuat pertanyaan seperti dalam ayat:

1.      Siapakah yang datang pagi tadi?

2.      Ke mana ibumu minggu lepas?

3.      Bagaimanakah peristiwa itu boleh berlaku?

4.      Mengapa saya tidak dipanggil untuk ditemu duga?

5.      Di manakah rumah Puan Asiah?

6.      Kenapa En. Lim tidak hadir?

7.      Kepada siapakah dapat saya mengadu hal ini?

8.      Bilakah Naveen akan balik?

9.      Yang manakah antara dua loket ini, menjadi pilihan anda?

10.  Berapakah harga sebuah rumah itu?


Penggunaan kata tanya dalam ayat-ayat di atas memang wajar digunakan untuk mendapat keterangan tentang sesuatu hal. Misalnya, dalam ayat 1 pertanyaan dibuat untuk  ingin tahu orang yang datang pagi tersebut, dan dalam ayat 2 pula tempat yang dituju oleh ibu pada minggu lepas hendak diketahui manakala dalam ayat 5 pertanyaan dibuat untuk ingin tahu tempat tinggal Puan Asiah. Sementara itu, dalam ayat 8 pula soalan tersebut ditujukan untuk mendapat tahu masa Naveen akan pulang, manakala harga sebuah rumah hendak diketahui dalam ayat 10. Memang wajar ayat-ayat tanya ini memuatkan kata tanya di dalamnya untuk menimbulkan pertanyaan.

Tetapi kini sudah muncul binaan-binaan ayat yang dimasukkan ayat tanya dalam ayat penyata sehingga menjejaskan binaan ayat tersebut. Perhatikan beberapa ayat demikian di bawah seperti yang berikut:

1.      Dia belum pasti siapa yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

2.      Salman mahu makan apa yang disukainya.

3.      Shubana bingung kenapa dia dimarahi oleh ibunya.

4.      Saya pun tidak tahu mengapa dia tidak menghadiri mesyuarat pada hari ini.

5.      Ibu ingin tahu di mana dia boleh berjumpa dengan pegawai itu.

6.      Shanmugam sudah tahu berapa harga rumah baru itu.

7.      Anak-anak saya sungguh-sungguh berminat untuk mengetahui ke mana akan kami lancong pada musim cuti ini.

8.      Yang mana ini nyata tidak mematuhi peraturan jalan raya.


Ternyata  penggunaan kata tanya dalam ayat-ayat di atas tidak tepat, dan memang tidak menepati peraturan dalam bahasa Melayu kerana kata tanya dimasukkan dalam ayat penyata. Penggunaan kata tanya tidak digunakan untuk mengemukakan soalan, tetapi untuk membuat penyataan. Justeru ayat-ayat di atas tidak gramatis, dan barangkali ayat-ayat tersebut dapat diperbetul seperti yang berikut:

1a. Dia belum pasti orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

2a. Salman mahu makan benda yang disukainya.

3a. Shubana bingung sebab dia dimarahi oleh ibunya.

4a. Saya pun tidak tahu sebab dia tidak menghadiri mesyuarat pada hari ini.

5a. Ibu ingin tahu tempat dia boleh berjumpa dengan pegawai itu.

6a. Shanmugam sudah tahu harga rumah baru itu.

7a. Anak-anak saya sungguh-sungguh berminat untuk mengetahui tempat

     akan kami lancong pada musim cuti ini.

8a. Semua amalan ini nyata tidak mematuhi peraturan jalan raya.


Demikianlah sedikit perbincangan tentang penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Dalam pada itu, salah satu aspek nahu yang sering diuji dalam kertas SPM bahasa Melayu Kertas II ialah kemahiran pelajar menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah sebagai salah satu latihan tatabahasa. Selalunya pelajar didapati bermasalah untuk menukarkan ayat tanya kepada bentuk ayat penyata. Sering juga pelajar menukarkan ayat tanya dalam petikan ‘Hai, Syam! Kamu nak ke mana tu?’ ditukar menjadi ‘Dia bertanya Syam ke mana dia hendak pergi’. Demikian juga bagi ayat tanya ‘Apa kursus yang kamu pohon?’, pelajar menukarkannya seperti ‘Dia bertanya Syam apa kursus yang dipohonya’. Sudah tentu jawapan pelajar itu tidak betul. Kalau ditukarkan ayat tanya sedemikian, pastilah pelajar akan kehilangan markah dalam soalan tersebut. 

Perhatikan beberapa ayat tanya dan cara membina ayat penyata berdasarkan ayat tanya tersebut:

1.      Mohan: Ke mana kamu pergi, Jalil?

Mohan bertanya Jalil tentang tempat yang ditujunya atau ‘ Mohan bertanya Jalil tentang tempat yang hendak ditujuinya.

2.      Ibu: Kenapa kamu tak mahu ke sekolah?

Ibu ingin tahu sebab dia tidak mahu pergi ke sekolah.

3.      Siew Ling: Ada apa hal, Rosnah?

Siew Ling ingin tahu hal daripada Rosnah.

4.      Guru: Bilakah kamu menjumpai dompet ini?

Guru ingin tahu masa dia menjumpai dompet itu.

5.      Wong: Berapa harga sekilo durian itu? 

6.      Wong menyanyakan penjual harga tentang sekilo durian.


Demikianlah antara beberapa pandangan dan pedoman dalam hal menggunakan kata tanya dalam ayat penyata dan cara menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Semoga penjelasan dan pedoman akan membantu pelajar terutamanya dalam hal menjawab soalan tatabahasa mereka.
Pada hemat saya, setiap bahasa ada aturan nahunya sendiri. Apabila kita cuba menggunakan susuk bahasa lain untuk membina ayat-ayat bahasa Melayu, maka usaha itu nyata menyeleweng daripada aturan yang ditetapkan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, pengguna bahasa Melayu hendaklah lebih berhati-hati ketika menggunakan kata tanya dalam penulisan atau pertuturan mereka. Perbuatan seumpamanya sudah tentu merosakkan sistem yang sedia ada dalam bahasa kita. Diharapkan pedoman menggunakan kata tanya ini akan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar khususnya mereka yang mengambil kertas Bahasa Melayu II dalam peperiksaan SPM mereka, serta pengguna bahasa Melayu yang lain secara amnya

Kata Hubung


Kata Hubung

Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan  untuk membentuk ayat majmuk.
 Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
 Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.

Kata hubung gabungan
Kata hubung pancangan
  1. Mengubungkan klausa-klusa yang sama tarafnya
  2. Contoh kata: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
  3. Contoh ayat:

i.        Pemanah itu melepaskan anak panah,tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
ii.        ``Belum tentu... sama ada pergi rumah kawanatau balik kampung,’’ katanya.
iii.       Dia mengelak,lantasmenikam.
 Pancangan relatif
Pancangan komplemen
Pancangan keterangan
-menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh:
i. Pelajar yang berjayaitu diberi hadiah.
ii. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
iii. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.


-Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Kompelen bermaksud pelengkap).

-Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama.

-Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa danuntuk.

i. Guru tahun enam itu menyatakanbahawa semua muridnya mendapat enam A.
ii. Mereka mengetahuibahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
iii. Kerajaan membuat jambatan untukrakyat melintas sungai.
-Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.
-Kata hubung itu ialah:
kerana, agar,
meskipun, sekiranya, semoga, supaya,
kalau, andaikata,
kendatipun,
hingga,
 jika, jikalau,
semasa,
sementara,
setelah, sewaktu, sekiranya,
ketika, tatkala,
walaupun
, dansesungguhnya.

i. Mereka tidak dibenarkan masuk ke stadium keranatidak memiliki tiket yang sah.




Sebagai Renungan Bersama



Kata Kata Mutiara Terbaik


Ingatlah selalu hal yang membezakan seorang yang mulia dan seorang yang bodoh : Orang Bijak selalu menyalahkan dirinya, orang bodoh akan menyalahkan orang lain.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus.

Yang kelmarin, hanya ada dalam ingatan. Untuk esok, hanya kamu yang mampu dengan harapan. Yang sekarang, ini adalah yang sebenarnya. Dimana kamu harus terima, dengan penuh kesedarannya. Siapa sekarang yang tidak ingin membuka mata, esokpun akan tetap buta.

Sebenarnya Anda lebih berani dari yang anda duga, lebih kuat dari yang anda tahu, dan lebih pintar yang anda kira, namun itu semua tersembunyi dibalik diding tipis bernama keragu-raguan.

Senyum mampu menyelesaikan banyak masalah, dan diam mampu membuat kita terhindar dari banyak masalah.

Diam Bukanlah kelemahan, jika di iringi dengan perbuatan dan hasil nyata.

Satu-satunya cara untuk melakukan pekerjaan besar adalah dengan mencintai apa yang Anda lakukan, walaupun sebenarnya anda membencinya.

Harapan tinggallah harapan jika tidak disertai tindakan, impian tinggallah impian jka tidak selaras dengan kemampuan.

Hanya karena kamu mendengar apa yg dilakukan seseorang, tak berarti kamu bisa menghakiminya. Kamu tak tahu apa yg telah dilaluinya.

Tidak seorang pun punya kemampuan untuk melakukan sesuatu hal sempurna, tapi setiap orang diberi banyak kesempatan untuk melakukan hal yang benar.

Tinggalkanlah kesenangan yang menghalangi pencapaian kecemerlangan hidup yang diidamkan. Dan berhati-hatilah, karena beberapa kesenangan adalah cara gembira menuju kegagalan.

Kelakukan kita terhadap kehidupan, menentukan sikap kehidupan terhadap kita.

Matahari yang sebesar itu pun perlu bulan untuk bisa menerangi setiap sudut bumi.

Seseorang tak akan pernah bisa mencintai Anda dengan tulus dan apa adanya, jika Anda selalu menyembunyikan kekurangan Anda darinya.

Hidup ini seperti piano.Berwarna putih dan hitam. Namun,ketika Tuhan yang memainkannya,Semuanya menjadi indah.

Saat anda mendapatkan yang biasa ketika mendambakan yang terbaik, bersyukurlah, karena anda tidak mendapatkan yang terburuk.

"Kegagalan adalah peluang untuk hal yang lebih baik. Kegagalan adalah batu loncatan untuk pengalaman yang berharga. Suatu hari nanti Anda akan bersyukur untuk beberapa kegagalan yang anda alami. Percayalah, ketika satu pintu tertutup untuk anda, sebenarnya pintu yang lain selalu terbuka"

Melihat kebelakang akan membawa kejelasan di depan. Belajar dari kesulitan dulu akan membawa berkah sekarang dan nanti.

Hidup adalah memilih, namun untuk memilih dengan baik, Anda harus tahu siapa Anda dan apa yang Anda perjuangkan, ke mana Anda ingin pergi dan mengapa Anda ingin sampai di sana.

"Keyakinan adalah percaya dengan apa yang tidak kita lihat, dan upah dari keyakinan adalah melihat apa yang kita yakini."

Kesedihan adalah ibarat terdampar di gurun pasir. Hal terbaik adalah berusaha keluar dari gurun pasir tersebut.

Inti dari kebahagiaan adalah kumpulan kebahagiaan dari hal-hal kecil.

Sebenarnya sangatlah mudah menjadi Bahagia. Kebahagiaan akan datang saat kita memaafkan diri kita sendiri, memaafkan orang lain, dan hidup dengan penuh rasa syukur. Tidak pernah ada orang egois dan tidak tahu berterima kasih mampu merasakan bahagia, apalagi membuat orang lain bahagia. Hidup ini memberi, bukan meminta."

Kebahagiaan adalah pengalaman spiritual dimana setiap menit hidup dilalui dengan cinta, dan rasa syukur.

Jangan takut akan bayangan, karena bayangan berarti ada suatu cahaya yang bersinar di dekatnya.

Masa-masa terbaik dalam hidup adalah saat kita mampu menyelesaikan masalah sendiri, Masa-masa suram kehidupan adalah saat kita menyalahkan orang lain atas masalah yang kita hadapi.

"Manusia seperti puluhan kolam, masing-masing memantulkan cahaya dari bulan yang sama."

"Kebijaksanaan adalah pemahaman nilai-nilai abadi dan nilai-nilai hidup."

"Kebaikan adalah lebih penting daripada kebijaksanaan, dan menyadari hal ini adalah awal dari kebijaksanaan."

Bijaksana adalah kumpulan dari perjalanan hidup kita. Kebijaksanaan tidak bisa dicari, tidak bisa diberikan, dan tidak bisa dibagikan. Kebijaksaan adalah diri kita sendiri.

Jika anda merasa pendapat anda tidak didengar, ketahuilah, sebenarnya anda tengah belajar untuk menghargai.

Setiap kejadian-kejadian kecil hidup kita adalah bagian dari harmoni total alam semesta, semuanya sudah ada yang mengatur dengan sempurna. Jalanilah hidup apa adanya.

Orang Bijak adalah orang yang menyimpan kebijakannya untuk dirinya sendiri.

Bicaralah dari hati dan dengan hati, karena hati bisa mendengar lebih tajam daripada telinga.

Jangan terlemahkan oleh angin permasalahan. Layang-layang mampu terbang tinggi kerana berani melawan angin. Hanya layang-layang yang putus benang yang hanyut oleh angin.

Jika anda merasa tidak memiliki hal yang berharga, ketahuilah, anda memiliki hal yang tak ternilaikan, yaitu senyuman.

Jika anda melalui hidup anda tanpa masalah, ketahuilah, anda melewatkan masa terindah hidup anda.

Berjalan lah seperti kau tak membutuhkan uang, mencintailah seperti kau tak pernah terluka, berdansalah seperti tak ada orang yang memperhatikan.

Saat kau berfikir tentang orang yang cantik dan tampan, fikirkanlah bahwa kau adalah bahagian dari mereka.

Berbuat baik pada orang lain lebih sulit daripada berperang melawan penjajah.

Mengucapkan Maaf hanya mampu dilakukan oleh orang-orang berani.

Anda harus jadi ulat terlebih dahulu jika ingin menjadi kupu-kupu

Kekuatan bukanlah tentang memukul sekuat tenaga, tetapi tentang ketepatan sasaran.

Kemenangan adalah bagian terkecil dari sebuah pertandingan. 

Pemenang bukannya tak pernah gagal, tetapi tidak pernah menyerah.

Tuhan telah memberikan kita Ikan, tinggal kita yang harus memgail untuk mendapatkannya.

Keindahan sejati tak bisa dilihat oleh mata, hanya hati yang mampu merasakan keindahan sebenarnya.

Waktu akan terasa lambat bagi mereka yang menunggu, terlalu panjang bagi yang gelisah, dan terlalu pendek bagi yang bahagia. Namun Waktu adalah keabadian bagi yang mereka mampu bersyukur.

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Fokuslah pada kelebihan kalian, jangan fokus pada kekurangan kalian.

Jika anda telah berusaha untuk mengubah sesuatu namun tetap tak berhasil, cobalah untuk mengubah pandangan anda.

Melepaskan orang yang di cintai jauh lebih sulit dibanding menerima cinta yang baru bagi hatimu.

Ketika anda tulus mencinta, tak akan pernah ada kata menyerah. Meski pikiran ingin berputus asa, namun hati tetap ingin mencoba.

Jangan terlalu lama menangisi apa yg telah terjadi. Hal yg kamu tangisi saat ini mungkin hal yang akan kamu syukuri suatu saat nanti.

Jika kamu meninggalkan seseorang, berikanlah alasan. Tak ada yg lebih menyakitkan daripada ditinggalkan tapi tak ada penjelasan.

Dalam hidup, anda tak akan selalu mendapatkan apa yang paling anda inginkan, terkadang anda hanya mendapat pelajaran yang sebenarnya lebih anda butuhkan.

Sesuatu yang tampak adalah hal yang tak akan pernah kekal. Mata, telinga dan bibir tak dapat bercerita lebih panjang dari usia manusia.

Aku lebih takut kepada orang yang melatih 1 buah jurus tendangan 1000 kali, daripada kepada orang yang berlatih 1000 jurus tendangan 1 kali. - Bruce Lee

Orang pintar bukanlah orang yang menuntut ilmu setinggi langit untuk mendapatkan ijasah, namun orang yang berusaha sekuat tenaga hingga mampu mempekerjakan dan menggaji orang yang menuntut ilmu setinggi langit untuk mendapatkan ijasah.

Sebenarnya Tuhan menurunkan Keajaiban dan mukjizat setiap waktu bagi kita yang mau berpikir dan berusaha, yaitu "Kesempatan".

Wanita dewasa bukanlah dia yg ingin terlihat sempurna utk semua pria, tapi dia yang ingin terlihat cantik untuk satu pria yang dicintainya.

Percayalah, hari ini akan lebih indah daripada kemarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman.

Sebuah senyuman dapat terjadi secepat kilat, namun kenangannya mampu bertahan seumur hidup. Senyumlah.

Teguran dan Kritikan itu ibarat ubat. Terasa pahit awalnya, tetapi akan terasa khasiatnya ketika sudah diminum.

Ujian kehidupan itu tidak lebih sulit daripada ujian anak Sekolah Dasar, karena kita tidak dilarang untuk bertanya kepada teman, menyontek atau meniru, ataupun minta bantuan orang. Jadi, kenapa harus takut menghadapi ujian dalam kehidupan?

Hidup bukanlah tentang meratapi dan menunggu hujan badai berlalu, tapi tentang bagaimana kita menikmati dan belajar menari dalam hujan.

Indahnya hidup bukan kerana Seberapa Banyak orang yang mengenal kita, namun Seberapa Banyak orang yang berbahagia karena kita.

Sejatinya, dalam cacian dan makian terbersit sebuah pujian yang merupakan kebalikan dari cacian dan makian tersebut.

Lakukanlah yang terbaik sekarang, karena sebenarnya waktu sangat cepat berlalu. Jangan sampai kita menyesali saat waktu sudah tak lagi bersahabat dengan kita.

Berani berlayar Tanpa mengetahui teknik berlayar, Tanpa Kemampuan membaca peta, dan Tanpa Kemampuan memprediksi arah angin dan cuaca adalah hal yang Nekad dan Konyol.

Dibalik kebencian orang terhadap kita, sebenarnya terdapat kekaguman atas yang tidak mereka mampu atau miliki pada diri kita.

Belajarlah dari kesalahan orang lain. Karena Anda tidak akan pernah punya cukup waktu dan dana untuk melakukan semua kesalahan itu sendiri.

Pengalaman Bukanlah Apa yang Terjadi pada diri Kita, tetapi adalah Apa yang Kita Lakukan atas apa yang Terjadi.


Berhentilah mencari alasan kenapa anda tidak sukses, mulailah mencari jawaban bagaimana agar anda sukses.

Percayalah semua masalah dan rintangan yang kita hadapi bukanlah untuk melemahkan kita. Justru ini akan menjadikan kita lebih kuat, lebih dewasa, lebih bijaksana, lebih sabar dan lebih beriman.

Mereka yang disaat muda sibuk membeli barang yang tidak diperlukannya, maka disaat tua akan sibuk menjual barang yang diperlukannya.

Jika Cubaan sepanjang Sungai, maka Kesabaran itu seluas Samudra. Jika Harapan sejauh Hamparan Mata memandang, maka Tekad mesti seluas Angkasa membentang. Jika Pengorbanan sebesar Bumi, maka Keikhlasan harus seluas Jagad Raya.

kita selalu terpaku pada pikiran bahwa kita harus lebih baik dari orang lain. Namun sejatinya adalah kita harus menjadi lebih baik dari diri kita yang kemarin. - Dudi Jaya

Kadang kita terlalu fokus terhadap kelemahan kita, dan melupakan kelebihan yang kita miliki. Padahal setiap manusia diciptakan untuk menjadi pemenang dengan semua kelebihan yang dimiliki.

gagal bukanlah karena kita tidak bisa, tapi karena kita tidak mau untuk menghindari kegagalan. dan satu-satunya cara menghindari kegagalan adalah menggapai kesuksesan.
Dan untuk menggapai kesuksesan, kita harus bisa menaklukkan rintangan, kesulitan, cobaan dan godaan, kerena rintangan, kesulitan, cobaan dan godaan bukanlah penghalang, tetapi bensin yang akan menambah bara kesuksesan.

Sangat sulit untuk menjadi nombor satu, namun jauh lebih sulit untuk menjadi dirimu sendiri.

Tidak ada yang kebetulan di dunia ini, semuanya adalah sebab dan akibat. Seperti kesuksesan datang akibat dari ketekunan dan kegigihan dan Kemiskinan datang akibat kemalasan dan kebodohan.

Semoga kata kata Mutiara diatas mampu memberikan manfaat positif bagi anda dan kehidupan anda. Kata-kata mutiara terbaik sepanjang masa ini akan terus ditambah, sehingga jangan lewatkan untuk terus berkunjung ke blog ini. Jika anda berkenan, anda juga bisa membaca lebih lanjut

Isnin, 2 Julai 2012

Kata Sendi Nama


Kata Sendi Nama

 
1.         Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
2.         Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.
 
Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
akan/ kepada/ terhadap untuk menunjukkan emosi dan sikap 1. Adik sayang akan kucing.
2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.
3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untuk untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
  1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
  2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dari untuk menunjukkan tempat dan masa
  1. Mereka baru pulang dari Johor.
  2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.
daripada untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan 1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah.
di untuk tempat Di dalam dompet itu ada wang.
dengan untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat 1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.
2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
3. Adik menulis dengan pensel.
4. Markah saya sama dengan markahnya.
hingga/
sampai
untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu 1. Dia bekerja hingga malam.
2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.
ke untuk tempat dan benda konkrit 1. Kereta api menuju ke Padang Besar.
2. Cawan itu terhempas ke batu.
kepada untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri Kes itu diserahkan kepada pihak polis.
oleh untuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter- 1. Buku itu dibaca oleh Salmi.
2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
pada untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
2. Novel itu ada pada Rahim.
3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
4. Serikaya itu disapukan pada roti.
sejak untuk menyatakan makna suatu jangka masa Dia tidak makan sejak semalam.
seperti/
umpama/bak
untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain 1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
2. Badannya besar umpama ahli gusti.
3. Hidungnya mancung bak seludang.
tentang untuk menyatakan makna mengenai sesuatu Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah

Kata Kerja


Kata Kerja

Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1.             Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio.
‑              mendengar ialah kata kerja
                transitif
‑              radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men‑, men ...i, men ...kan, memper‑, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

Contoh ayat :

1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.

(a)           Pak Abu menjala ikan.
(b)           Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)           "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d)           Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)           Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)            Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.


Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
Penyambut ( Objek )
Dia suka membaca buku
Jamilah memukul seekor ular
Abidin menjual kuih-muih
Ramli berjalan ke sekolah
Kereta itu melanggar seekor lembu


B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.




Contohnya :

1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.


Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami mandi di tasek itu.
Dia senyum semasa berjalan
Saya menyanyi dengan kuat
Hassan berjalan ke sekolah

7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1.             Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.             Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber‑, men‑, ter‑, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid‑murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.


7.3 Kata Kerja Pasif
1.             Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men‑. Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2.             Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3.             Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku‑. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.             Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau‑. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5              Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di‑. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan manusia,benda,tempat dan sebagainya.

Contoh:

Kata adjektif sifat                  : baik, rajin,cantik,pandai

Kata adjektif perasaan        : sedih,gembira,marah,sayang

Kata adjektif warna              : merah,putih,biru,hitam

Kata adjektif ukuran            : panjang, tinggi,nipis,tebal

Kata adjektif bentuk             : bulat,bujur,bengkok,leper

Kata adjektif waktu               : awal,cepat,segera,lampau

Kata adjektif pancaindera : wangi,busuk,pahit,hangit

Kata adjektif jarak                 : hampir, jauh, dekat

Latihan

  1. Perlawanan bola sepak itu ditunda kerana hujan............................ .
  2. Pak Mahat menebang pokok ciku itu menggunakan sebilah kapak yang......................... .
  3. Candy tidak mempunyai ramai kawan kerana dia seorang yang ........................... .
  4. Kawasan pembuangan sampah itu berbau .............................. .
  5.  Bakul yang berisi durian sangat ........................ .
  6. Jambatan Pulau Pinang itu sangat ........................... .
  7. Buah tembikai itu ............................ rasanya.
  8. Suhaila seorang murid yang sangat ........................ .
  9. Dia berasa sangat .......................... apabila mengenangkan pemergian ibunya.
  10. Rumah ....................... itu hampir roboh.